Wednesday, October 6, 2010

Serius

Blog minda pemuda ni aku cipta atas rasa tanggungjawab dan prihatin sebagai seorang pelajar U terhadap isu global. Anggaplah ini sebagai blog yang membincangkan isu serius lah...ok?

Tuesday, October 5, 2010

Makan Gaji@Bekerja Sendiri

Situasi mencari kerja zaman ini!!

Bila dah dapat kerja!!
Mentaliti kebanyakkan golongan muda mudi zaman sekarang ialah mencari pekerjaan yang tetap khususnya dalam sektor awam. Mentaliti ini telah diterapkan sejak kecil lagi oleh ibu bapa terutamanya golongan Bumiputera. Mereka akan mendesak anak-anak untuk mencari pekerjaan yang boleh menjadikan mereka bangga seperti cikgu atau polis. Namun adakah mentaliti seperti ini masih relevan pada zaman sekarang? Sampai bila kita hendak berfikiran sebegini? Dengan kadar pengangguran yang kian meningkat, malahan ramai golongan pemuda pemudi lepasan universiti turut menganggur. Kita hendaklah menerapkan mentaliti yang berbeza agar dapat bersaing dengan bangsa lain dalam era globalisasi ini. Sampai bila kita hendak menyalahkan bangsa lain apabila mereka memonopoli sesuatu bidang ekonomi? kita juga perlu menepis keegoan dan belajar melalui mereka.